Menanti kehadiranmu...

Wednesday, May 27, 2009

5S..Degupan Pertama..

Salam sumer...lamer lak x update blog ni..yer la dok sibuk ngan audit 5S..ari ni da selamat da kena audit..alhamduillah sumer berjalan ngan lancar..tgu jer la keputusannyer petang ni..rasernyer leh kot dapat sijil hehehe ye la da berabis-abisan da sisih,susun,sapu,seragam sentiasa amalnyer...hrp2 dpt la sijil 5S nyer...

Erm..abis pasal 5s..ader lg yg meturujakan aku..hehe pagi ni aku ader check-up peyut nih.. en.hubby pun teman skali gi check-up kali ni..so far alhamdulillah...kesihatan aku ngan anugerah Allah ni dlm keadaan baik..semua keputusan baik..tp yg wat aku raser teruja sgt td biler nurse bagi dgr degupan jantung baby...adoyai..terharunyer..br 1st time dgr degupan jantung my baby nih...laju sgt bunyi nyer...semoga baby akan terus sihat dan selamat...Amin..

Thursday, May 14, 2009

Tak sihat....



erm..pg ni da 2 3 hari kena diarrhea..so pepagi td terpaksa gak gi klinik takut ader problem pd baby lak...so td gi klinik putrajaya kena scan la..sbb menurut doc kena scan sbb takut baby kekurangan air..so far alhamdulillah baby dlm keadaan yg baik dan membesar dgn sihat dan kuat..;-)skang usia dia br 13weeks3days..erm teruja sgt biler doc tu tunjukkan yg maner kepala,badan,kaki dia..pastu tgk jantung dia berdegup 2x kali lebih laju dr ibu dia..:-) aku ngan en.hubby sdh semestinya x sbr menanti kelahiran buah hati mengikat kasih syg ngan en.hubby nih...semoga Allah mempermudahkan segalanya..Amin..

Sunday, May 10, 2009

Mengidam....

ni masa pepagi lagi kat Teluk Cempedak...walaupun ms pagi tp terasa gak panas bahang pagi tuh..
posing kit...ngan en.hubby ni..
ini la hasilnya selepas kami berdua melantak hehehe eh silap bertiga..;-)


Betul la kater org...ms pregnant ni byk la mengidamnyer..erm aku br2 ni gi kuantan ari jumaat..ni sumer gara2 mengidam la hehe sian en.hubby aku...kali aku teringin nk mkn seafood tepi pantai..so jumaat tu trus la singgah Kuantan blk dr Rompin...pe lg..pas maghrib x sabar2 terus gi Tanjung Lumpur pekena ikan bakar...mlm tu aku ngan en.hubby bantai mkn cukup2..sampai sendat la perut ni..hehe sok lak pepagi lg gi cari sata ngan kopok lekor...kedai lak lambat bukak..ngah hari br bukak...so gi la lepak kat TC dlu...erm en.huby sabar yer...hehe pas ni x tau lak teringin nk aper...:-)

Thursday, April 30, 2009

Alhamdulillah..


Ini la yg aku raser ayat paling sesuai sbg tajuk cerita aku ni..
Erm alhamdulillah..skunk my en.hubby da dpt transfer kat Kajang..
so leh la kami dok kuarters kat Putrajaya..
adoi seksa dok jauh ni..stlh 8 bln kami kawen..
br skunk leh dok samer2...may b rezeki anak :-)
mmg saat2 cam ni pntg tuk en.hubby aku ader kat cc..
smg hari-hari yg mendatang akan lebih menjanjikan keceriaan buat aku ngan en.hubby serta baby yg akan lahir ni...Amin..

Wednesday, April 15, 2009

DOAKU


"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlahnya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran da Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Tuhan semesta alam"...AMIN..

Wednesday, March 18, 2009

Mendidik Anak Soleh dan Solehah

IbuAiman menulis: Ibnu Khaldun berpendapat: Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mangikut garis-garis yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Perikemanusiaan.
Imam Al-Ghazali pernah berkata: Bahagia - tiap-tiap sesuatu ialah apabila kita merasai nikmat kesenangan dan kelazatan.

Kedua-dua pendapat ini mempunyai maksud yang sama iaitu setiap manusia mestilah hidup di dalam kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia iaitu mempunyai segala keperluan, harta dan kesihatan. Manusia juga mesti hidup dalam kesempurnaan dan kebahagiaan di akhirat iaitu mempunyai keimanan dan ketakwaan terhadap segala perintah Allah dan Rasulnya.

Al-Quran banyak membicarakan tentang cara membentuk dan mengatur keluarga muslim ke arah mencapai kebahagiaan, antaranya persoalan perkahwinan, penceraian, kewajipan nafkah, tanggungjawab anak dan ibubapa, faraid dan sebagainya. Ini membuktikan peri pentingnya kebahagiaan hidup seorang kerana kebahagiaan hidup peribadi adalah menjadi tunjang kepada kebahagiaan hidup berkeluarga. Seterusnya kebahagiaan hidup berkeluarga adalah menjadi pokok bagi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup masyarakat dan negara.
Oleh kerana masyarakat itu dibina daripada sesebuah keluarga, sudah pasti nilai-nilai yang baik dan murni tidak kelihatan selagi nilai-nilai itu belum diamalkan oleh setiap orang dalam keluarga berkenaan. Islam telah menentukan hak-hak dan kewajipan seseorang terhadap dirinya juga masyarakat. Kewajipan terhadap diri sendiri ialah bertanggungjawab mengawal dan mendidik dirinya, akalnya, harta benda, nyawa dan kehormatannya(maruah). Setelah itu ia dijadikan asas keutuhan rumahtangga yang terletak kepada perhubungan baik suami -
isteri. Perhubungan baik itu mestilah berdasarkan atas dasar muhibbah kasih sayang dan belas kasihan diantara keduanya.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21:
Maksudnya:
Setengah daripada tanda kekuasaan allah bahawa ia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu isteri-isteri supaya kamu bermesra dengannya dan dijadikan pula perhubungan diantara kamu atas dasar kasih sayang dan belas kasihan.
Islam menghendaki hubungan suami isteri ialah perhubungan yang erat, perhubungan yang melengkapi rohani dan jasmani yang teguh. Oleh itu, segala jalan yang boleh merenggangkan ikatan yang suci bagi kedua suami-isteri itu hendaklah dicegah dan dihindarkan dengan segala daya usaha.
Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya perkara halal yang tidak digemari allah ialah penceraian.

Setelah ikatan diperkukuhkan dan jalan perselisihan dicegah, Islam mengadakan garis panduan mewajibkan kedua ibu bapa memelihara anak-anak mereka dengan baik dan memberikan didikan yang sempurna. sebaik-baik didikan ialah apa yang digambarkan oleh al-Quran dalam surah Lukman, di mana Allah S.W.T memuji dan menceritakan didikan yang diberi oleh Lukman kepada anaknya dengan

Firmannya: ayat 13 yang bermaksud ”Dan ingatlah ketika Lukman menasihati anaknya dengan berkata: wahai anakku, janganlah kamu syirik kepada Allah kerana syirik itu satu kezaliman yang besar”

Seterusnya banyak lagi ajaran dan didikan yang disampaikan oleh Lukman yang meliputi bidang aqidah, ibadat, kemasyarakatan dan sebagainya, Antaranya:

1. Mendirikan ibadat solat.
2. menyeru manusia berbuat kebajikan dan melarang membuat kemungkaran.
3. Bersabar ketika berhadapan dengan ujian hidup.
4. Mengimani setiap yang baik pasti ada balasannya, begitu juga sebaliknya.
5. Tidak berlaku sombong terhadap orang lain.
6. Sentiasa merendah diri.
7. Hidup secara sederhana.
8. jangan meninggikan suara kepada orang lain.

Di sini dapatlah kita fahami, bahawa matlamat pendidikan Islam adalah untuk menanam sifat-sifat mulia ke dalam jiwa anak-anak supaya mereka benar-benar dapat memperhambakan diri(beribadat) kepada Allah S.W.T dengan penuh takwa tanps mengira tempat dan masa.

Oleh itu, marilah kita mengorak langkah kembali mempelajari dan menghayati sepenuhnya ajaran dan nilai-nilai Islam demi kebahagiaan keluarga dan generasi kita masa akan datang.

Islam telah mengambil perhatian yang sangat istimewa terhadap rumahtangga, kebajikan dan keselamatannya, kerana rumahtangga yang aman dan sihat, teratur dan berdisiplin menjadi anak kunci atau dengan kata lain menjadi batu asas bagi kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan negara.

Sebaliknya, rumahtangga yang kucar-kacir dan porak-peranda akan mengakibatkan malapetaka dan keruntuhan masyarakat.Maksudnya: ”dan orang-orang yang berdoa dengan berkata: wahai tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa”.

Dipetik dari www.hannan.com.my

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah
mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia
menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan
tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat
dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi
oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

Dipetik dari www.hannan.com.my

Thursday, March 12, 2009

Intebiu....

Alhamdullilah...fuh!! lega da hati ni...x der da rama2 dlm perut hehe pas setel intebiu nih..pg td aku gi intebiu SPA..smpai pun da lmbt..padahal dekat jer...;-)smgu b4 intebiu ni aku jd cam student smula la...sumer nota aku print out n hapal..hehehe erm tapi...letih aku dok hafal2 berkenaan ngan jabatan yg aku intebiu nih..alih2 panel intebiu tu yg dok crta psl disebalik tugas jwtn yg aku mtk2 ni...trs terang aku kap...jwtn ni mmg memerlukan mental dan fizikal yg tough...biler depa da citer2...pastu satu jer soalan depa..samada aku sgup atau tak utk pikul tgjwb ni...dgn ikhlas hati aku jwb tak sanggup hehehe...ntah la...jwtn ni mmg memerlukan keluarga jatuh tmpt no 2..so dgn pnuh konfiden aku jwb aku "tak sanggup"..tp x tau la..kiter tgu kptusannyer..kalu mmg rezeki aku da tertulis tuk jwtn ni ader la tuh...tp aku mmg x mgharap sgt la...tp still lg berdoa andai rezeki aku..smg Allah permudahkannya...Amin...

Monday, March 9, 2009

Bandaraya Bersejarah



erm..bertemu kembali..hehehe baru2 ni cuti Maulidur Rasul.. spt biaser bg aku ngan asben yg mmg suker berjalan ni.. amik peluang ar gi cuti2 malaysia lg.. kali ni destinasi kami ke negeri Melaka..bandaraya bersejarah...lg pun last aku gi cni ms aku darjah lima dulu..lamer da tuh.. sambil2 tu kami ke Melaka ni nk melawat member yg br kawen..'selamat pengantin baru Yie & Ira' hr tuh x sempat gi kawen diaorg ni..br jer sbulan..kami bertolak pd ptg sabtu...penginapan FOC...;-)maner lg..dok umah member la...kat Batu Berendam jer...hr Ahad tu sehari suntuk kami round Melaka ni..kat cni byk tul jln sehala..nsb baik kami ader pemandu pelancong...so x ler sesat...byk gak tempat kami gi..mula2 mesti tmpt wajib..dataran pahlawan..pastu gi lak Kota A Famosa..adoi..tgi tul panjat tga..da lamer x exercise..pastu gi msuk mcm2 muzium..ntah aku pn x igt..muzium umno la..muzium tentera udara la..ader la lg...x abis kat cni..sambg lg..gi lak tmpt perigi Hang Tuah..Tman Mini Malaysia..Menara Taming Sari..erm pendek kater penat giler la sehari suntuk kami round..cuma stop jap mkn n solat jer..pastu sambg lg..last sekali mlm lak kami pekena ikan bakar kat Umbai..em restoran pertama gi..ikan abis..kat Parameswara..last mkn ler kat Restoran Terapung..erm...tp mknn dia x sesedap kat Tanjung Lumpur @ Kuala Perlis....biaser2 jer...x berapa puas hati la mkn mlm tuh..hehehe seharian jln...br puas hati...soknyer blk la Putrajaya semula....erm pas ni x tau la ke mana destinasi kami...hehehe

Thursday, March 5, 2009

Hujan Itu Rahmat ALLAH....

Dlm 2 3 mgu ni asal petang jer mesti ujan..tp smlm kat Putrajaya dr pg lg da ujan lebat..sejuk tul kat opis aku..nsb baik ke hulu ke hilir pantau program..kalu tak..beku la dok kat opis nih..
Erm..selalu kiter dgr ayat-ayat “Aduh! Hujan lg…” “Ala..x kering la baju aku..” ramai yg terlupa bahawa hujan itu adalah salah satu rahmat dr Allah..Aper kater pas ni ayat-ayat yg x sedap didengar tu kiter ganti ngan doa ni “Allahumma Syaiban Nafi’a” maksudnya (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikanlah Hujan Ini Bermanfaat Buat Kami)

Hujan adalah rahmat dr Yang Esa..cuber kiter tgk maksud surah Al-A’raf :57 ni…

“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).”

Banyak lg manfaat dr turunnya hujan…Bila hujan turun ni, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tmpt kiter hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa tuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dgn keluhan sia-sia disaat pintu langit sedang terbuka?Ayuh..bykkan berdoa….InsyaAllah pasti dimakbulkan Allah…AMIN….
Erm..wat kwn2..pas ni jgn mengeluh2 tau..gunakan lah sebaik2nya manfaat time musim ujan ni…;-)

Sunday, March 1, 2009

Baru nak mencuba...

salam pd sumer...saper2 la..;-)
erm..aku tgk skang ni blogger da cam cendawan tumbuh pas ujan..
aku pun nk try gak ar berjinak2 ngan blog ni..
bkn aper teringin gak nk mengembangkan bakat sbg penulis ni hehe
lg satu bg aku blog ni gak leh dijadikan tmpat untuk sebarkan per2 gak maklumat atau pandangan...scr x langsung leh bg informasi pader saper yg berkenaan..
er..tp x tau ar aku ni...hrp2 rajin la mengedit blog ni...